Tuesday, 10 November 2015

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.



MEMERHATI
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.

MENGELAS
Mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya

MENGUKUR MENGGUNAKAN NOMBOR
Menggunakan alat dan radas

MEMBUAT INFERENS
Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti yang dikumpul

MERAMAL
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan data yang dikumpul

BERKOMUNIKASI
Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual  dan rajah.

GUNA RUANG DAN MASA
Memperihalkan lokasi, arah,bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa.

MENTAFSIR MAKLUMAT
Memebri penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul.

MENDEFINISI SECARA OPERASI
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya dengan dengan pemboleh ubah yang lain. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

MEMBUAT HIPOTESIS
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk dibuktikan kesahihannya.

MENGEKSPERIMEN
Menguji sesuatu hipotesis yang meliatkan kemahiran-kemahiran proses sains di atas.


KEMAHIRAN MANIPULATIF
Merupakan kemahiran psikomotordalam penyiasatan sains yang membolehkan murid :

1. Menggunkan dan mengndalikan perlatan sains dan bahan dengan betul.
2. Menyimpan peralatan sains dengan betul dan selamat.
3. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
4. Mengendalikan specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat.
5. Melakar spesimen, bahan, dan peralatan sains dengan tepat.

4 comments: