Proses fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERLUKAN UNTUK FOTOSINTESIS
1. Cahaya matahari
2. Klorofil
3. Air
4. Karbon dioksida
KEPENTINGAN FOTOSINTESIS
1. Membekalkan makanan kepada semua hidupan.
2. Terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan
kandungan gas di dalam udara.
KITAR KARBON
Adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida di dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya ke udara semula secara berterusan.
KITAR OKSIGEN
Kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan.
Wonderful information. .tq
ReplyDeletetq...sangat bermanfaat
ReplyDeletetq...
ReplyDeleteSangat menarik... Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete